gold bullion, dinar, dirham, gold, silver, jewellery

islamic

BALASAN EMAS DISYURGA

Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.                 [Surah Al-Kahfi: ayat 31]


Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.     [Surah al-Hajj: ayat 23]


(Balasan mereka ialah) Syurga-syurga "Adn", yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.                                                                                          [Surah Faatir: ayat 33]


"(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?"  [Surah az-Zukhruf: ayat 53]


Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal di dalamnya".           [Surah: ayat 71]

KOS HAJI MAKIN MENINGKAT DALAM RINGGIT
ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 04/04/2011

Kos tunai haji kekal
Oleh JAMLIAH ABDULLAH

pengarang@utusan.com.my

JERAI 3 April – Kos menunaikan ibadat haji di tanah suci Mekah tahun ini kekal iaitu sebanyak RM9,980 seperti tahun lepas bagi setiap jemaah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengekalan kos itu secara tidak langsung membabitkan tambahan subsidi oleh kerajaan untuk setiap jemaah sebanyak RM4,360 berbanding RM3,060 tahun lalu(2010)
Katanya, keputusan tersebut mengambil kira pertimbangan daripada pelbagai sudut dan pandangan termasuk keperluan pendeposit di Lembaga Tabung Haji (TH).
“Di sebalik peningkatan kos pengangkutan, makan minum dan penginapan di tanah suci, kerajaan tetap menimbangkan terutamanya keperluan pendeposit haji yang berusia dan berharap menunaikan haji.
“Ia juga mengambil kira prestasi pencapaian TH yang mampu mengendalikan dengan sebaik mungkin urusan ini serta keuntungan yang diperoleh pada 2010. Jadi kita mengekalkan tambang haji tahun terdahulu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Gurun Pusat di sini hari ini.
Bagaimanapun, kata Jamil Khir, tambang tersebut hanya untuk jemaah yang pertama kali menunaikan haji sahaja.
“Bagi mereka yang pernah menunaikan haji perlu membayar tambang penuh iaitu RM14,340 kerana dikecualikan mendapat subsidi. Ini sebagai memberi peluang mereka yang pertama kali ingin menunaikan haji,” katanya.
Katanya, kos sebenar tersebut juga masih rendah berbanding negara jiran seperti Singapura sebanyak RM16,000, Brunei (RM17,000), Thailand (RM14,000) dan Indonesia RM10,000 hingga RM14,000.
Tambah beliau, dianggarkan lebih 500,000 pendeposit TH memohon untuk mengerjakan haji pada tahun ini.
“Namun semua ini bergantung kepada kuota yang akan dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi nanti.

“Pada masa yang sama kita akan berusaha memohon kuota sebanyak mungkin tetapi masih dalam lingkungan kemampuan TH menguruskannya demi keselesaan jemaah mengerjakan ibadat itu kelak,” katanya.

note: sampai bilakah subsidi kerajaan kita akan kekal? 


KOS HAJI MAKIN MENURUN DLM DINAR


kos haji 2001=44 dinar
kos haji 2011= 15 dinar
kos haji 2015 = less than 5 dinar?