Rahsia Emas1. Tidak boleh dimusnahkan/ tahan lasak2. Mudah dibahagi kepada unit yang kecil tanpa susut nilai3. Harga emas semakin meningkat dalam tempoh jangka masa panjuang4. Nilai wang kertas semakin jatuh dalam jangka masa panjang5. Boleh ditunaikan pada bila-bila masa (kecairan)6. Bernilai diwaktu bencana7. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard8. Tidak boleh dicipta/ dimanipulasi
Persiapan minda sebelum memulakan Pelaburan EMAS
Bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan EMAS ?Pelaburan emas akan memberikan pulangan yang lumayan jika anda memahami dan menguasai teknik-teknik tertentu.Namun, perlu dikatakan minda anda terlebih dahulu perlu dipersiapkan. Bila minda sudah bersedia.. segalanya akan lebih mudah dan segala laluan akan menjadi lebih lancar."Persiapkan minda anda terlebih dahulu............"Pertama sekali, sebagai pelabur EMAS anda perlu memahami perkara-perkara...
Bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan EMAS ?
Pelaburan emas akan memberikan pulangan yang lumayan jika anda memahami dan menguasai teknik-teknik tertentu.
Namun, perlu dikatakan minda anda terlebih dahulu perlu dipersiapkan. Bila minda sudah bersedia.. segalanya akan lebih mudah dan segala laluan akan menjadi lebih lancar.
"Persiapkan minda anda terlebih dahulu............"
Pertama sekali, sebagai pelabur EMAS anda perlu memahami perkara-perkara berikut:-
1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang.
Ia memang akan menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan
sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses
menunggu harga emas naik dan turun.
2. Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang.
Beli emas dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa
yang sesuai untuk bermula.
3. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam
jangka masa panjang harganya akan meningkat naik.
4. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan.
Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah
jawapannya. Jawapannya ialah Perniagaan Emas. Anda kena melabur sambil berniaga
emas.
5. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan
emas.
Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan pulangan lumayan jika anda
melabur emas dengan syarikat mereka(contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3%
sebulan). Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang
menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.
6. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas akan
menjadi lebih mudah.
Justeru anda perlu rajin membaca laman-laman web yang berkenaan emas. Antara
laman web yang perlu anda layari ialah :-
i. Kitco (www.kitco.com)
ii. The Bullion Desk (www.thebulliondesk.com)
iii. Goldsilver.com (www.goldsilver.com)
iv. Mineweb (www.mineweb.com)
v. Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com/)
vi. World Gold Council (http://www.gold.org/)
Sekarang saya akan bercerita tentang pelan tindakan. Untuk pengetahuan anda pelaburan emas yang baik memerlukan strategi dan pelan tindakan yang baik.
Pelan tindakan EMAS (PTE).
Terdapat 3 pelan tindakan yang perlu anda ambil:
1. Tindakan pertama: mulakan sekarang!
Beli emas dulu kemudian baru tunggu (buy gold first then wait), bukannya tunggu
masa yang sesuai untuk bermula.
2. Tindakan kedua:
Beli emas secara konsisten.
3. Tindakan ketiga:
Untuk lebih untung berniaga emas atau menunggu kenaikan yang menguntungkan.
Tindakan pertama: Beli emas dahulu, kemudian baru tunggu.
Tindakan pertama adalah MULAKAN SEKARANG!
Anda perlu membeli emas dahulu kemudian barulah tunggu harganya naik.
Ramai orang yang baru hendak bermula akan terasa teragak-agak untuk membeli emas mereka untuk kali pertama. Keadaan ini biasanya berlaku apabila harga emas sedang tinggi. Mereka takut selepas membuat pembelian tiba-tiba harga emas jatuh dan mereka akan rugi. Mentaliti ini perlu dielakkan sama sekali.
Ramai yang teragak-agak untuk memulakan pelaburan emas walaupun tahu ianya sangat menguntungkan dan emas memang naik harga di dalam jangkamasa panjang. Mereka merasakan harga emas “mahal”.
Ya memang betul emas memang mahal. Ia akan menjadi lebih mahal :)
Saya tak pernah jumpa orang yang cakap harga emas adalah murah. Perasaan mahal itu hanyalah bisikan otak kiri anda sahaja. Usah pedulikan ia. Yang penting anda perlu bertindak.
Emas adalah pelaburan jangkamasa panjang (setahun keatas). Walau apa juga harga emas ketika itu anda perlu membeli emas dahulu, kemudian baru menunggu. Sekarang ialah zaman kenaikan harga emas. Dimana sahaja harga permulaan anda, anda akan tetap untung.
Jadi ambil tindakan sekarang!!
Tindakan pertama : Beli emas sekarang!
Tindakan kedua : Beli emas secara konsisten.
Setelah memulakan langkah pertama anda, maka langkah kedua ialah membeli emas secara konsisten. Dengan kata lain, anda perlu menetapkan matlamat untuk memiliki emas setiap beberapa bulan. Contohnya anda meletakkan target untuk membeli sebiji dinar setiap 3 bulan.
Dengan mengambil tindakan membeli emas secara konsisten, anda akan memperoleh keuntungan dengan kaedah pemurataan kos (cost averaging). Di dalam trend harga emas yang menaik, purata harga emas yang anda beli akan semakin menurun jika anda membeli emas dengan konsisten.
Untuk memudahkan anda melihat keuntungan mengunakan teknik di bawah :
Andaian 1:
Anda telah memulakan pelaburan emas daripada tahun 2007 sehingga tahun 2010 (tahun lepas).
Andaian 2:
Anda membeli 1 keping syiling Kijang Emas ½ Oz secara tetap sebanyak 4 kali setahun. Syiling Kijang Emas ini anda beli setiap bulan Januari, Mei, September, Disember.
(Rujuk sejarah harga Kijang Emas di laman web Bank Negara Malaysia
- http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141 )
Daripada jadual diatas, apabila anda mencampurkan keseluruhan harga syiling Kijang Emas daripada tahun 2007 – 2010, jumlahnya ialah RM26,789 dan anda mempunyai 16 keping Kijang Emas.
Jadi, kos purata setiap Kijang Emas ialah RM 1,674.00 setiap satu.
Pada 24/3/2011 nilai belian balik kijang emas ialah RM 2,221. Jika anda menjual kesemua 16 keping syiling Kijang Emas maka keuntungan anda ialah:
(RM2221 – RM1674.00) x 16 keping = RM 8,752.00
Ini adalah keuntungan sebanyak 32.67%
Dengan membeli sebiji Kijang Emas secara konsisten, anda akan mendapati bahawa harga purata bagi setiap syiling akan menjadi lebih rendah.
p/s: Bagi memudahkan pengiraan saya andaikan anda hendak jual semua syiling Kijang Emas tersebut. Tetapi mungkin anda akan menjual 15 keping sahaja kerana Kijang Emas yang dibeli pada 1/12/2010 itu belum untung lagi.
Kesimpulan:
1. Ilmu emas sangat menguntungkan jika dibuat dengan betul.
2. Ilmu pelaburan emas yang lengkap.
3. Setelah mendapat ilmu yang betul, anda perlu membuat tindakan.
4. Kongsikan ilmu pelaburan emas dengan rakan-rakan anda.
Mereka akan berterima kasih kepada anda.
Bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan EMAS
Semua orang tahu harga emas naik setiap tahun, emas semakin mahal, emas adalah barang berharga dan mempunyai nilai yang tinggi.Tapi berapa ramaikah yang tahu dan sudah memulakan langkah pertama dengan membeli dan melabur dalam emas?......Antara pendapat-pendapat diberi atau soalan-soalan yang sering ditanya oleh bakal customer bila kita bercerita tentang emas...”Emas dah mahal, tunggu turun la baru beli””Kalau beli emas sekarang dan jual masa emas...
Semua orang tahu harga emas naik setiap tahun, emas semakin mahal, emas adalah barang berharga dan mempunyai nilai yang tinggi.
Tapi berapa ramaikah yang tahu dan sudah memulakan langkah pertama dengan membeli dan melabur dalam emas?......
Antara pendapat-pendapat diberi atau soalan-soalan yang sering ditanya oleh bakal customer bila kita bercerita tentang emas...
”Emas dah mahal, tunggu turun la baru beli”
”Kalau beli emas sekarang dan jual masa emas naik, sama juga nanti nak beli balik pun mahal...jadi kat mana untungnya”
”Beli emas ni nanti nak simpan kat mana”.....tahukah anda rantai tangan dan rantai leher (Barang kemas) dalam 50gram tu orang bawa jalan-jalan pun tak kisah.
Dalam pelaburan emas, minimum ada 3 cara untuk anda menjana keuntungan:
1. Beli dan Simpan
2. Beli dan Ar Rahnu
3. Beli dan Jual – Dealer atau Peniaga Emas
Saya akan menjelaskan mengikut pengetahuan dan pengalaman saya untuk 3 cara diatas, ada juga cara yang lain dan mungkin boleh di terangkan oleh Peniaga-peniaga dan pelabur-pelabur emas lain nanti.
CARA 1 : Beli dan Simpan
Modal :
Minimum 1Dinar
Tidak memerlukan modal yang besar pada permulaan pelaburan.
Mempunyai modal untuk membeli emas secara sedikit-sedikit atau secara berkala.
Jenis Pelabur :
Pelabur yang pasif,
Pelabur yang tidak mempunyai banyak masa,
Pelabur jangka masa panjang,
Pelabur yang sabar,
Pelabur yang tak suka jumpa orang dan bercerita pasal emas
Dengan cara ini anda hanya perlu beli emas dan simpan untuk jangka masa panjang.
Jangka masa panjang yang dinyatakan adalah dalam 3 tahun ke atas.
Kalau ada rezeki setahun kenaikan dalam 15% hingga 20%.
Ini sudah dikira cukup baik berbanding dengan pelaburan yang ada di pasaran seperti ASB dan sebagainya.
Anda tak perlu risau dan ambil tahu sangat dengan kenaikan dan penurunan harga emas secara harian ataupun mingguan mahupun bulanan..
Duduk diam sahaja anda dah menikmati keuntungan.
Tak perlu bercerita tentang emas, tak perlu jumpa orang dan tak perlu buat apa-apa.Cuma anda perlu membayar zakat apabila emas anda cukup haul.
Jika anda mahu menikmati keuntungan dari pelaburan emas anda, jual sahaja nilai emas yang melebihi modal asal anda.
Contoh : Anda membeli emas dengan nilai RM10,000, selepas 3 tahun emas anda bernilai Rm 14,500. (Average Kenaikan 15% setahun)
Jadi untuk merasai keuntungan yang anda buat, anda hanya perlu menjual emas anda yang bernilai RM 4,500 sahaja .......
CARA 2 – Beli dan Ar Rahnu (Pajak) atau Gadai Kaedah AGE(GKA)
Modal :
Tidak memerlukan modal yang besar pada permulaan pelaburan.
Contoh untuk emas AMSYIQ 25gram
Mempunyai modal untuk membeli emas secara sedikit-sedikit atau secara berkala.
Jenis Pelabur :
Pelabur yang tak suka jumpa orang dan bercerita pasal emas,
Pelabur yang ingin maksimumkan keuntungan simpanan emas tanpa mencari pelanggan.
Pelabur yang tak reti nak bercerita pasal emas.
Pelabur yang mempunyai disiplin yang kuat
Pelabur yang bijak atau cekap dalam pengurusan masa dan membuat perancangan
Beli Emas – Pajak Step 1 (Simpanan Emas :25g Emas x1= RM 4,022.00 )
Dengan cara ni anda hanya perlu beli emas minimum 25g (Kalau AMSYIQ) dan bila dapat emas tu anda pajak di Agro Bank.
Anda akan dapat 65% dari nilai marhum (Contoh emas 25g Rm 4,022 x 65% = RM 2,614)
(Perlu diingatkan anda akan dikenakan upah simpan dari nilai marhum 0.75%)
Beli Emas – Pajak Step 2 (Simpanan Emas :1Dinar Emas x 3 = RM 1,989)
Duit hasil pajakan itu anda gunakan semula untuk membeli emas..tapi kali ni anda beli 1 Dinar sebanyak 3 keping (cth 1 Dinar RM 663 x 3 = RM 1,989)
Kemudian anda pajak semula 3 keping 1 Dinar itu dan dapat RM 1,292
Beli Emas – Simpan Step 3 (Simpanan Emas :1Dinar Emas x 2 = RM 1,326)
(Duit hasil pajakan RM 1,292 anda boleh beli emas lagi 1 Dinar sebanyak 2 keping. Dan simpan)
Anda perlu menjual emas yang terakhir anda miliki apabila harga tinggi dalam masa 6 bulan...(tempoh pajakan).
Dan hasil jualan emas tu anda perlu tebus emas yang anda pajak.
Dengan mempunyai modal sebanyak RM 3,000, anda boleh memiliki emas bernilai RM 6,000.
Jika diizinkan, peratus kenaikan harga emas akan melebihi peratus upah simpan..dengan ini anda menjana keuntungan dari modal yang pada asalnya bukan milik anda..
Ada beberapa cara lagi untuk menebus emas anda tanpa menjual emas yang ada ditangan jika anda mampu
CARA 3 – Beli , Simpan dan Jual ,Simpan ..Jadi Tokey Emas...
Modal :
Memerlukan modal yang agak besar untuk permulaan RM 10k
(Walaubagaimanapun jika anda berminat nak jadi Dealer tapi tak cukup modal, anda boleh menghubungi saya..saya ada cara untuk anda)
Jenis Pelabur :
Pelabur yang mempunyai ilmu pasal emas.
Pelabur yang boleh bercerita pasal emas dan kebaikan melabur dalam emas
Pelabur yang rajin berjumpa pelanggan
Pelabur yang boleh meluangkan banyak masa melayan pelanggan
Dengan cara ini anda perlu menjadi Dealer dengan membeli emas sebanyak RM10k dalam satu resit.
Semua sudah sedia tahu dengan menyimpan emas sahaj anda sudah untung, tapi kalau nak lebih untung anda bole menjual emas yang anda miliki.
Komisyen
Dengan menjual emas yang anda miliki anda akan menapat Komisyen atas setiap jualan yang anda buat sebanyak 1.5%.
credit to dinar-epahang.blogspot.com